Soalan-soalan lazim

Sewa Bilik Seminar Ara

Lokasi bilik seminar ARA Eventhall adalah di Seksyen 7 Shah Alam, Ampang Putra dan Golden Chersonese Mediahall, Maju Junction . Anda akan diberi link GoogleMaps/Waze beserta sebuah video sepanjang perjalanan ke bilik seminar ARA Eventhall melalui WhatsApp bagi melancarkan perjalanan ke ARA Eventhall

Ruang parkir tersedia untuk anda. Hari bekerja akan dicaj dengan kadar RM0.50 sen sejam (kupon parking) atau untuk lebih penjimatan anda boleh download apps FLEXI Parking.
– Parking adalah PERCUMA pada hujung minggu.

Untuk melancarkan waktu perjalanan seminar, ruang solat disediakan di dalam bilik seminar bagi memudahkan pelanggan untuk solat.Namun pelanggan boleh memilih alternatif lain untuk ke surau yang lebih besar yang berdekatan.

Pihak ARA telah menyediakan pakej katering dengan harga yang murah dan berpatutan. Kepuasan pihak pelanggan menjadi keutamaan pihak ARA, anda boleh lihat testimoni daripada pihak pelanggan yang telah menggunakan khidmat pakej katering yang disediakan oleh pihak ARA.

Untuk menjamin kualiti perkhidmatan, keselesaan dan kebersihan di sekeliling dewan seminar semasa seminar dijalankan, makanan dari luar tidak dibenarkan dibawa. Namun, pelanggan boleh menikmati pakej katering yang disediakan oleh pihak ARA.

Waktu operasi Bilik Seminar ARA :

Isnin hingga Ahad

9 pagi hingga 11 malam

Waktu beroperasi WhatsApp : 24jam

HOTLINE : 03-4228 1031/011-1501 1431

*Bilik seminar tidak beroperasi sekiranya tiada sebarang seminar dijalankan.

Pihak ARA telah menyediakan semua kemudahan dan peralatan untuk seminar kecuali laptop/komputer riba.

Ya, penambahan caj akan dikenakan jika pelanggan melebihi had masa seperti yang dinyatakan dalam terma dan syarat. Namun, pihak ARA telah memberi masa PERCUMA sebanyak 30 minit sebelum & 30 minit selepas waktu slot berakhir percuma kepada semua pelanggan ARA.

Jaminan diberi kepada pelanggan kerana pihak ARA mengamalkan “first come first serve basis” kepada pelanggan yang telah membuat pembayaran deposit terlebih dahulu.

Mengikut terma & syarat, pemulangan deposit tidak akan diberikan sekiranya pelanggan ingin membatalkan atau menangguhkan tempahan melainkan terdapat tempahan lain yang boleh menggantikan tempahan slot tersebut.

Boleh. Untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan suasana dan ruang di bilik seminar ARA, pihak ARA akan menguruskan temujanji dengan pelanggan yang hendak melawat tapak bilik seminar ARA mengikut jadual kekosongan bilik seminar ARA Eventhall. Pihak ARA juga akan menyediakan seorang krew untuk melayan pelanggan. Jika pelanggan tidak berkesempatan untuk melawat tapak, sebuah video berkonsepkan “virtual site visit” yang sedang disunting akan diberikan kepada pelanggan.

ARA Eventhall@ Ampang , LRT Ampang (AG 18)

Ara @ Seksyen 7,Shah Alam , KTM yang berhampiran ialan KTM PADANG JAWA

Ara @ Golden Cheresone , LRT yang berdekatan ialah LRT Sultan Ismail (AG5)

Hotel De Art @ Seksyen 7 (Dari RM110)

Golden Summer Hotel , Ampang (Dari RM110)

Tune Hotel , Jalan Sultan Ismail (dari RM90)

*Kami hanya perlukan event details anda sahaja! Pihak Reservation akan berikan quotation percuma anda dalam masa 1 jam.

ms_MYMS
Scroll to Top