Frequently Asked Question

Sewa Bilik Seminar Ara | Ara Training Centre

Di manakah terletaknya ARA Eventhall?
Lokasi bilik seminar ARA Eventhall adalah di Seksyen 7 Shah Alam, Gaya Melawati Kuala Lumpur & Yayasan Seni Ampang Hilir. Anda akan diberi link GoogleMaps/Waze beserta sebuah video sepanjang perjalanan ke bilik seminar ARA Eventhall melalui WhatsApp bagi melancarkan perjalanan ke ARA Eventhall.
Bagaimana dengan kemudahan parking?
Kemudahan parking yang mencukupi dan percuma yang boleh menampung lebih untuk 100pax terletak berdekatan dengan ARA Eventhall.
Bagaimana pula dengan kemudahan surau?
Untuk melancarkan waktu perjalanan seminar, surau mini yang lengkap dan selesa telah disediakan di dalam dewan seminar bagi memudahkan pelanggan. Namun pelanggan boleh memilih alternatif lain untuk ke Surau yang lebih besar yang berdekatan.
Adakah pihak ARA menyediakan makanan?
Pihak ARA telah menyediakan pakej katering dengan harga yang murah dan berpatutan. Kepuasan pihak pelanggan menjadi keutamaan pihak ARA, anda boleh lihat testimoni daripada pihak pelanggan yang telah menggunakan khidmat pakej katering yang disediakan oleh pihak ARA.
Bolehkah pihak pelanggan ARA membawa katering sendiri?
Untuk menjamin kualiti perkhidmatan, keselesaan dan kebersihan di sekeliling dewan seminar semasa seminar dijalankan, makanan dari luar tidak dibenarkan dibawa. Namun, pelanggan boleh menikmati pakej katering yang disediakan oleh pihak ARA.
Bilakah waktu beroperasi?
Waktu operasi Bilik Seminar ARA :
Isnin hingga Ahad
9 pagi hingga 11 malam
Waktu beroperasi WhatsApp : 24jam
HOTLINE : 03-41611031/011-1501 1431
*Bilik seminar tidak beroperasi sekiranya tiada sebarang seminar dijalankan.
Adakah perkhidmatan komputer disediakan? 
Pihak ARA telah menyediakan semua kemudahan dan peralatan untuk seminar kecuali laptop/komputer riba.
Adakah penambahan caj dikenakan jika pelanggan melebihi had masa didalam sebuah slot yang ditempah?
Ya, penambahan caj akan dikenakan jika pelanggan melebihi had masa seperti yang dinyatakan dalam terma dan syarat. Namun, pihak ARA telah memberi masa PERCUMA sebanyak 30 minit sebelum & 30 minit selepas waktu slot berakhir percuma kepada semua pelanggan ARA.
Bagaimana pelanggan memastikan tempahan slot terjamin?
Jaminan diberi kepada pelanggan kerana pihak ARA mengamalkan “first come first serve basis” kepada pelanggan yang telah membuat pembayaran deposit terlebih dahulu.
Saya telah membuat tempahan dan pembayaran deposit untuk tarikh tertentu, bolehkah saya membatalkan dan menangguhkan tempahan ke tarikh yang lain? 
Mengikut terma & syarat, pemulangan deposit tidak akan diberikan sekiranya pelanggan ingin membatalkan atau menangguhkan tempahan melainkan terdapat tempahan lain yang boleh menggantikan tempahan slot tersebut.
Adakah pelanggan boleh membuat permintaan untuk melawat tapak bilik seminar ARA?
Boleh. Untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan suasana dan ruang di bilik seminar ARA, pihak ARA akan menguruskan temujanji dengan pelanggan yang hendak melawat tapak bilik seminar ARA mengikut jadual kekosongan bilik seminar ARA Eventhall. Pihak ARA juga akan menyediakan seorang krew untuk melayan pelanggan. Jika pelanggan tidak berkesempatan untuk melawat tapak, sebuah video berkonsepkan “virtual site visit” yang sedang disunting akan diberikan kepada pelanggan.

DIMANAKAH PUBLIC TRANSPORT YANG BERDEKATAN?

Kemudahan public transport untuk ke ARA Eventhall@ Gaya Melawati public transport yang boleh didapati di LRT Wangsa maju (KJ3) ataupun LRT Taman Melati (KJ2).  5 minit ke Ara @ Gaya Melawati

Ara @ Seksyen 7,Shah Alam , KTM yang berhampiran ialan KTM PADANG JAWA

Ara @Yayasan Seni ,Ampang Hilir  LRT yang berdekatan ialah di LRT Ampang Park (KJ9) 5 minit ke Ara @Yayasan Seni.

Ara @ Golden Cheresone , LRT yang berdekatan ialah LRT Sultan Ismail (AG5)

DIMANAKAH HOTEL YANG BERDEKATAN?

Hotel De Art @ Seksyen 7 (From RM110)

Kenwingston Hotel @ Wangsa delima (From RM110)

Smile Hotel @ Wangsa Maju (From RM90)

Dapatkan Quotation PERCUMA Anda!

*Kami hanya perlukan event details anda sahaja! Pihak Reservation akan berikan quotation percuma anda dalam masa 1 jam.

Kembali ke Laman Utama | Return to Main Page

KEMBALI | RETURN